<<AKU HAMBA ALLAH YANG TERPILIH>>
bismillahirrahmanirrahim...
bait2x ayat ni ingin sy mulakan dgn kalimah suci tersebut...
semoga lakaran yg tidak seberapa ini dapat menyentuh hati...
setidak-tidaknya hati si penulis sendiri yg amat dahagakan kepada sentuhan iman...
insyaALLAH...
"...hidup untuk menjadi hamba ALLAH yang terpilih..."
by : Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki
![]() |
tuan guru sheikh nuruddin al banjari al makki |
itu antara kata2x tuan guru yg terkesan di hati
ketika mendengar kuliah beliau pg tadi...
amat terkesan dijiwa bilamana
terbayang di mata saat2x kelalaian dan kealpaan,,,
nafsu mula memberontak dan diri pun tewas dgn dugaan..
hampir sekali tersungkur bilamana adanya sedikit masalah yang sememang boleh diatasi...
lantas melupakan kasih sayang dan rahmat ALLAH..
alangkah ruginya kita bila kita menjadikan diri kita termasuk di dalam golongan tersebut..
oleh itu berusahalah sentiasa untk menjadi hamba yng terpilih oleh Allah
dalam melakukan amar akruf nahi mungkar..
atasi masalah hati kita dengan
...memaksakan diri kita untuk bersedekah bila rasa kita kedekut
...rajinkan diri kita bila malas sudah menguasai diri
...dan cuba sentiasa ingat pada Allah bila mana kita lalai
...paksa diri untuk mendatangi majlis ilmu kerna ia memandu kita ke arah akhirat ( kata2x tuan guru)
maka kita akan sentiasa menjadi orang yg dipilih ALLAH
pesanan tuan guru lagi...
sentiasalah memiliki jiwa yang pemurah...
antaranya murah dengan
-harta
-jiwa
-tenaga
-perasaan
-ilmu
-fikiran
-nasihat
-hati dll
sebelum tidur, berlapang dada lah dan jgn simpan dendam pada orang lain serta maafkan orang lain..itu menunjukkan kemurahan hati kita..
maka, jadilah orang yang pemurah
-tuan guru-
"apakah kamu menduga kamu diciptakan Allah secara sia-sia tanpa kamu kembali pada Allah?"
-tuan guru-
hayati persoalan ini supaya kita tahu apa tujuan kita dijadikan ALLAH..
jgn kita sia-siakan hidup ini dgn perkara yg akhirnya membinasakan diri kita
memang muda itu hanya sekali...
TAPI gunakanlah ia untuk menjadi hamba Allah yg berusaha untuk jd baik dr semasa ke semasa
dan BUKAN hamba yg menggunkan waktu yg cuma sekali ini untuk kesenangan semata-mata dgn alasan muda hanya sekali..
sy teringat perbualan prof dr. muhaya ms on the way nak gi kuliah tuan guru..
prof crite pasal seorang gadis berumur 23 tahun yang berubah memakai tudung..
pd asalnya gadis tersebut mendapatkan rawatan mata kerana menghadapi masalah mata yg sangat serius..
tetapi alhamdulillah selepas di operasi, gadis tersebut dapat melihat dengan baik...
bagi menyimpan memori saat2x indah tersebut...ayah gadis itu membuat rakaman video...
prof x perasan yang ayah gadis tu tengah buat rakaman..
tetibe prof tak tau kenapa ye cakap camnie..
"alhamdulillah, nikmat melihat secara fizikal ALLAH telah kembalikan, tetapi kenapa betapa susahnya untuk buka mata hati sehingga tidak mampu untuk menutup aurat...parents kamu dah menghabiskan hampir rm7000 untuk operasi mata kamu...tapi adakah kamu bagi sesuatu pada mereka bahkan kamu memberi saham2x dosa kepada ibu bapa kamu" (lebih kurang camtu lah prof cakap)
then, tanpa disedari,,si ayah tadi tetibe mengalirkan air mata..
kemungkinan sudah lama si ayah ini ingin menegur si anak tetapi tidak kesampaian ( kata prof)
kemudian, seminggu selepas itu, gadis itu kembali dan prof hampir2x tdk mengenalinya kerana gadis tersebut telah pakai tudung
ALHAMDULILLAH....Allah bagi hidayah kepada gadis tersebut..
moral :
1) kepada semua,, lindungilah dan tutupilah aurat anda dengan SEMPURNA kerana ia merupakan satu perintah ALLAH.. bak kata Ustaz Azhar Idrus " sekejap tutup, sekejap buke...ingat mesuk neraka sekejap2x je ke"
2) besar azabnya kita dedah aurat...jadi tutplah dgn sempurna..meamng kita x nampak dosa yg kita buat sekarang tapi tanamkanlah perasaan takut dalam diri ttg azab Allah yg menunggu orng yg tak tutup aurat dgn sempurna
3) ingat wahai wanita2x sekalian,,JGN jadikan diri anda TERPILIH untuk menarik saudara2x lelaki kamu (ayah, suami, abg,adik dan seumpamanya) ke dalam menarik kerana perbuatan mu yg tidak mnutup aurat sebaliknya jadikan diri anda TERPILIH untuk jadi wanita yg solehah kepada mereka agar mereka dapat pahalanya..
4) ingat wahai lelaki2x sekalian,,JGN jadikan diri anda DAYUS kerana tidak mampu untuk MENGAJAR bahkan MENEGUR saudara2x perempuan mu (ibu,isteri,kakak,adik prmpuan dll) untuk menutup aurat dgn sempurna...maka sengsaralah kamu dgn dosa2x yang bakal kamu tanggung kerana KEDAYUSAN kamu untuk menegur mereka...
pagi pagi lepas sahur layan soal jawab syekh di alhijrah.
ReplyDeleteterbaik.
memang best dengar syeikh bagi kuliah..:)
ReplyDelete